Rabu, 17 November 2010

Sejarah PEPSI

Share this history on :
Logo "Pepsi" yang diguna dari 1906-1939 dengan kelainan-kelainan yang berbeza kecil).

Sejarah

Pepsi-Cola, yang asalnya bernama "Minuman Brad" ("Brad's drink"), direka pada awal 1890-an oleh ahli farmasi Caleb Bradham di New Bern, Carolina Utara, Amerika Syarikat. Pada 28 Ogos 1898, nama "Minuman Brad" ditukar menjadi "Pepsi-Cola" dan kemudiannya nama itu didaftar pada 16 Jun 1903. Oleh sebab Pepsi pada asalnya bertujuan untuk mengubati sakit perut, Bradham memperoleh nama Pepsi dari penyakit dispepsia (sakit perut atau ketakcernaan). Minuman itu dibuat daripada air berkarbonat, gula, vanila, minyak pati, pepsin dan buah kola.

http://de.academic.ru/pictures/dewiki/67/Caleb_Davis_Bradham.jpg
Caleb Bradham

Pada tahun 1903, Bradham berpindah pembotolan Pepsi-Cola dari gedung ubatnya ke sebuah gudang sewa. Pada tahun itu, Bradham menjual 7,968 gelen sirap, dan pada tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol enam auns dan jualan meningkat ke 19,848 gelen. Pada 1905, Pepsi bertukar logonya buat kali pertama sejak reka bentuk aslinya pada 1898, dan pada 1906, logonya ditukar lagi sekali. Pada tahun yang sama, kerajaan Amerika Syarikat meluluskan Akta Makanan dan Drug Tulen yang mengharamkan bahan-bahan seperti arsenik, plumbum, barium, dan uranium daripada makanan dan minuman. Ini memaksakan Coca-Cola menukarkan rumusan mereka; bagaimanapun, Pepsi-Cola telah tidak mengandungi bahan-bahan tersebut, dan menuntut bahawa mereka telah mematuhi keperluan undang-undang yang baru itu.

Pada 1909, perintis perlumbaan automobil Barney Oldfield menyokong Pepsi-Cola dalam iklan surat khabar yang mengatakan "Minuman buli... menyegarkan, mencergaskan, perteguhan yang baik sebelum perlumbaan". Pada tahun 1923, Pepsico menjadi muflis disebabkan oleh harga gula yang tinggi kerana Perang Dunia II. Hartanya dijual dan Roy C. Megargel membeli tanda niaga Pepsi.Lapan tahun kemudian, syarikat itu menjadi muflis semula, dan menyebabkan perumusan semula sirap Pepsi-Cola. Dalam tahun-tahun berikutnya, minuman itu mencapai kepopularan dan pada tahun 1934, syarikat itu memperkenalkan minuman 12-auns buat pertama kali. Pada tahun 1964, kelainan Diet Pepsi diperkenalkan, dan merupakan minuman diet bergas yang pertama di Amerika Syarikat.

Pada 1980, Pepsi memperkenalkan kempen pemasaran "Cabaran Pepsi" yang mana Pepsico membuat ujian rasa buta antara Pepsi-Cola dan pesaing Coca-Cola. Dalam ujian-ujian rasa buta itu, kebanyakan daripada peserta memilih Pepsi sebagai minuman yang lebih sedap. Pepsi menggunakan kelebihan kempen itu untuk melaporkan keputusan ujiannya dalam iklan televisyen kepada orang awam.

Sedangkan sebahagian mendakwa bahawa rasa Pepsi serupa sahaja dengan Coca-Cola, ada yang mengatakan bahawa mereka dapat mengesankan perbezaannya. Pada masa dahulu, perbezaan antara rasa Pepsi dan Coke adalah lebih besar daripada perbezaan hari ini. Sewaktu rasa Pepsi menjadi lebih popular, Coca-Cola menyesuaikan rasa minumannya supaya lebih mendekati rasa Pepsi (Coke Baru).Walaupun Pepsi mendakwa bahawa ini merupakan suatu kemenangan untuk kolanya, Coca-Cola tidak lama kemudian mengembalikan rumusannya kerana peminum-peminumnya lebih menyukai Coca-Cola yang tidak bertukar, walaupun pengujian menunjukkan bahawa rasa Coke yang baru adalah lebih baik.


Diet Pepsi yang dikeluarkan buat kali pertama pada 1964, dan merupakan salah satu jenis Pepsi yang terpopular.


Pesaingan dengan Coca-Cola

http://2.bp.blogspot.com/__3p5_gzemps/TLpuaakgFPI/AAAAAAAAA-w/PkmHqpz5gS4/s1600/pepsi_vs_coca_cola.jpghttp://i415.photobucket.com/albums/pp234/risingun_wwe/coca-cola-vs-pepsi-01.jpg

Coke masih lebih laris daripada Pepsi di hampir semua kawasan di dunia. Arab Saudi dan wilayah-wilayah Kanada yang terdiri daripada Pulau Prince Edward, Newfoundland dan Labrador, serta Quebec merupakan beberapa kekecualian.

Menurut kebanyakan laporan, Coca-Cola ialah ketua pasaran dalam sektor minuman bergas di India sehingga 1977 sewaktu syarikat itu meninggalkan India selepas kerajaan barunya memerintah Coke mendedahkan rumusannya dan mengurangkan bahagian hak milik dalam syarikat India, seperti yang diperlukan oleh "Akta Peraturan Tukaran Asing" (FERA). Pada tahun 1988, Pepsi masuk India melalui usaha sama dengan Perbadanan Perindustrian Pertanian Punjab (Punjab Agro Industrial Corporation) (PAIC), sebuah perbadanan yang dimiliki oleh kerajaan Punjab, dan Voltas India Limited. Usaha sama itu memasarkan dan menjual Lehar Pepsi sehingga 1991 apabila penggunaan jenama-jenama asing dibenarkan; Pepsi membeli seluruh bahagian hak milik pekongsi-pekongsinya dan menamatkan usaha sama mereka pada tahun 1994. Pada tahun 1993, Coca-Cola kembali sewaktu polisi liberalisasi India diisytiharkan.Pada tahun 2005, Coca-Cola dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran sebanyak 95% dalam jualan minuman bergas di India.Bahagian pasaran Coca-Cola di India ialah 60.9%.

Pepsi sudah lama merupakan minuman penutur-penutur bahasa Perancis di Kanada, dan minuman itu masih memegang dominansnya melalui pergantungan syarikat itu kepada penutur-penutur bahasa Perancis tempatan yang terkenal, khususnya Claude Meunier daripada kemasyhuran La Petite Vie, untuk menjual produknya. "Pepsi" kemudian menjadi nama samaran kesat bagi penutur-penutur bahasa Perancis yang dipandang sebagai kelas bawah oleh penutur-penutur bahasa Inggeris pada pertengahan abad ke-20. Istilah ini kini digunakan sebagai rujukan sejarah kepada permusuhan bahasa Perancis-bahasa Inggeris. Semasa perdebatan pemecahan untuk pemungutan suara pada tahun 1995, seorang pendeta menulis: "Dan sebuah dinding akan dibina di sepanjang lebuh raya St-Laurent (pembahagian tradisional antara orang Perancis dan orang Inggeris di Montreal) kerana sebilangan orang membuang botol-botol Coke ke satu arah, sedangkan botol-botol Pepsi dibuang ke arah yang bertentangan.

Di Amerika Syarikat, Pepsi lebih laris daripada Coke di kawasan-kawasan berikut:

* bahagian tengah Appalachia
* Dakota Utara
* negeri Utah, dan sekelilingnya
* bandar raya Buffalo, New York (kelebihan 2-1).

Lebih penting, di Amerika Syarikat, Pepsi lebih laris daripada pesaingnya di kedai-kedai runcit dan kedai-kedai mudah beli yang dianggap sebagai penunjuk untuk keutamaan pengguna. Dominans Coca-Cola adalah dari segi urus janjinya dengan restoran eksklusif, teater, taman hiburan, kolej, dan stadium yang memberikan Coke kelebihan jualan keseluruhan. Di Amerika Syarikat, jumlah bahagian pasaran Pepsi adalah di sekitar 31.7 peratus pada tahun 2004, sedangkan bahagian pasaran Coke adalah di sekitar 43.1 peratus.

Di Rusia, Pepsi pada suatu masa mempunyai bahagian pasaran yang lebih besar berbanding dengan Coca-Cola. Pada tahun 1974, Pepsi membuat urus janji dengan Kesatuan Soviet untuk pengeluaran skala besar. Bagaimanapun, dominans Pepsi di Rusia terjejas sewaktu Perang Sejuk tamat. Sewaktu kejatuhan Kesatuan Soviet, Pepsi telah dikaitkan kepada sistem Soviet lama, dan Coca Cola yang baru sahaja diperkenalkan di negara itu pada tahun 1992, dikaitkan kepada sistem yang baru. Oleh itu, Coke dengan pantasnya menguasai sebahagian besar daripada pasaran Pepsi yang mungkin memerlukan banyak tahun untuk mengembangkan. Menjelang Julai 2005, Coca-Cola mencapai bahagian pasaran sebanyak 19.4 peratus, diikuti oleh Pepsi dengan 13 peratus

sumber:Wikipedia

Artikel Terkait:

Comments
0 Comments

0 komentar:

Poskan Komentar

Berkomentarlah dengan bahasa yang baik dan santun..

Blog ini telah Dofollow !! berarti, U Comment I Follow !!